Monday, 31 October 2016
Thursday, 20 October 2016
Surah 102
Surah At-Takathur
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Kamu
telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan
berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda,
anak-pinak pangkat dan pengaruh), (1) Sehingga kamu masuk kubur. (2) Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)! (3) Sekali
lagi (diingatkan): Jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu
akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk pada hari kiamat)! (4) Demi
sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi)
dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan
perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat). (5) (Ingatlah) demi sesungguhnya! Kamu akan melihat Neraka yang marak menjulang. (6) Selepas
itu, demi sesungguhnya! Kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan
melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke
dalamnya)! (7) Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)! / (8)
Surah 99
Surah Al-Zalzala
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Apabila bumi digegarkan dengan gegaran yang sedahsyat-dahsyatnya, (1) Serta bumi itu mengeluarkan segala isinya, (2) Dan berkatalah manusia (dengan perasaan gerun): Apa yang sudah terjadi kepada bumi? (3) Pada hari itu bumi pun menceritakan khabar beritanya: (4) Bahawa Tuhanmu telah memerintahnya (berlaku demikian). (5) Pada
hari itu manusia akan keluar berselerak (dari kubur masing-masing)
untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) amal-amal mereka. (6) Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! / (8)
Surah 98
Surah Al-Bayyina
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Orang-orang
yang kafir dari Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) serta orang-orang
musyrik, tidak akan terlepas (dari kepercayaan dan amalan masing-masing)
sehingga datang kepada mereka bukti yang jelas nyata. (1) Iaitu seorang Rasul dari Allah yang membacakan (kepada mereka) Lembaran-lembaran Suci. (2) Terkandung di dalamnya pelajaran-pelajaran dan hukum-hukum yang benar. (3) Dan
orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab (Taurat dan Injil)
itu, tidak berpecah-belah melainkan setelah datang kepada mereka bukti
yang jelas nyata. (4) Pada
hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepadaNya, lagi tetap teguh di atas tauhid dan
supaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat dan yang
demikian itulah agama yang benar. (5) Sesungguhnya
orang-orang yang kafir dari Ahli Kitab dan orang-orang musyrik itu akan
ditempatkan di dalam Neraka Jahanam, kekallah mereka di dalamnya.
Mereka itulah sejahat-jahat makhluk. (6) Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka itulah sebaik-baik makhluk. (7) Balasan
mereka di sisi Tuhannya ialah Syurga Adn (tempat tinggal yang tetap),
yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; kekallah mereka di dalamnya
selama-lamanya; Allah reda akan mereka dan merekapun reda (serta
bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Balasan yang demikian itu untuk
orang-orang yang takut (melanggar perintah) Tuhannya. / (8)
Surah 97
Surah Al-Qadr
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (1) Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (2) Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (3) Pada
Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana
membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang
berikut); (4) Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! / (5)
Wednesday, 19 October 2016
Monday, 17 October 2016
Syurga.
Surah Al-Fajr
(Setelah
menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan
menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan
disambut dengan kata-kata): Wahai orang yang mempunyai jiwa yang
sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! (27) Kembalilah
kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat
yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu)! (28) Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia (29) Dan masuklah ke dalam SyurgaKu! / (30)
Subscribe to:
Posts (Atom)